SELAMAT DATANG

ANJUNG KAUNSELING SK LEREH

TANJONG KLING, 76 400 MELAKA

Tel : 06-3154264
Faks : 06-3154919

‘Segala yang BAIK bermula di Bilik Kaunseling’

MENU

09 October 2010

PROSES ASAS KAUNSELING

FUNGSI KAUNSELOR


Kaunselor berperanan membantu kliennya :
1. Memahami diri dan situasinya
2. Mengenalpasti keperluannya
3. Menerima realiti hidupnya
4. Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya, bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
5. Seterusnya menjadi individu yg berfungsi dgn sepenuhnya


CIRI-CIRI DALAM PROSES KAUNSELING


1. Temubual merupakan perhubungan individu.
2. Kaunselor dipertanggungjawabkan untuk menolong individu  yang memerlukan bantuan.
3. Orang yg ditemubual itu menghadapi masalah yg tidak dapat diselesaikan sendiri.
4. Kesejahteraan dan kepentingan orang yg ditemubual merupakan pusat perhatian.
5. Kedua-dua individu yg terlibat dlm temubual itu berkehendakkan membincangkan penyelesaian terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh orang yang ditemubual.


ASAS KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING


1. Lisan
2. Bukan Lisan


KEMAHIRAN KAUNSELING


1. Tingkahlaku memberi perhatian.           
- menentukan kedudukan klien           
- relaks secara fizikal           
- menjaga postur           
- air muka           
- pertemuan mata           
- mimik muka           
- memberi perhatian apa yg diperkatakan oleh klien           
- menggalakkan klien bercakap           
- galakan dalam pertuturan
2. Kemahiran mendengar.           
- mendengar secara fizikal           
- mendengar dengan perasaan           
- mendengar dgn psikologi


3. Kemahiran temubual.           
- pembukaan temubual           
- penyusunan pertanyaan           
- membantu klien menggambarkan isi hatinya           
- giliran bercakap           
- pemilihan kata-kata
- menamatkan temubual kaunseling


4. Gambaran perasaan : Empati.


5. Parafrasa.


6. Merumuskan perasaan.


7. Kesenyapan semasa kaunseling


8. Komunikasi tanpa bahasa termasuk gerak geri badan
- bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur (keraguan atau kemarahan)           
- fonem (tekanan atau keraguan)           
- serak (tekanan jiwa yg berat)           
- kecepatan atau kelambatan tempo perkataan (keresahan atau kemarahan)           
- pergerakan badan atau  tangan


FASA DALAM KAUNSELING
  1. Permulaan dan kemasukan (membina hubungan)
  2. Peringkat penjelasan (penerokaan)
  3. Mengenalpasti punca masalah
  4. Mencari alternatif (pemiihan strategi dan mengambil tindakan)
  5. Rumusan (penamatan)
HALANGAN DALAM KAUNSELING


1. Kebisingan.
2. Guru kurang pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling.
3. Perhubungan guru dgn muridnya kurang baik atau kurang mesra.  
4. Emosi yang kurang baik. 
5. Suasana yang tidak teraputik.
6. Kurangnya kerjasama dari klien.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEBERKESANAN SESI
  1. Kesenyapan
  2. Guru berpengalaman dan terlatih
  3. Perhubungan yang baik dan mesra ant guru dan murid
  4. Emosi yg stabil
  5. Suasana yang teraputik
  6. Kerjasama klien
PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DAN KELOMPOK


KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING KELOMPOK
1. Proses terapu terhad antara seorang kaunselor dgn seorang klien.
1. Proses teraputik berlaku antara kaunselor dgn beberapa org individu dlm kelompok itu.
2. Pertolongan yg diterima hanya satu hala iaitu kaunselor sahaja.
2. Peserta berpeluang memberi dan menerima pertolongan samada drpd kaunselor atau peserta lain.
3. Fungsi kaunselor tidak berubah.
3. Fungsi kaunselor sbg ketua kumpulan boleh dan akan berubah dan diambil alih oleh peserta lain.
4. Lebih mudah membina suasana yg selesa dan percaya kerana interaksi adalah dgn seorang sahaja.
4. Lebih sukar bagi kaunselor membina suasana selesa dan percaya kerana peserta tidak kurang ramai.
5. Klien hanya menumpukan perhatian kpd masalahnya shj dan mendapat teguran drpd kaunselor sahaja.
5. Peserta dapat memerhati tingkah laku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh peserta lain.
6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian kpd kliennya.
6. Peserta yang merasa kurang selamat dan terancam mempunyai pilihan utk berdiam diri dalam kumpulan. Perhatian kaunselor dibahagikan kpd ramai peserta.
7. Tidak wujud identiti kelompok, bersatu padu dan semangat tolong menolong antara peserta seperti dlm kg kelompok.
7. Terdapat semangat tolong menolong, identiti kelompok dan bersatu padu antara peserta.

LAWATAN KE KILANG COKLAT BERYL'S SERI KEMBANGAN, SELANGOR



PROGRAM SELEPAS UPSR 05 OKT 2010

LAWATAN KE PETROSAINS KLCC




                                                 PROGRAM SELEPAS UPSR 05 0KT 2010

LAWATAN KE KILANG YAKULT SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN



PROGRAM SELEPAS UPSR 05 0KT 2010

SUDUT TERAPI SENI & TERAPI PERMAINAN


RUANGAN SESI INDIVIDU DAN SESI KELOMPOK




POPULAR POSTS